Friday, February 27, 2009

MAJLIS DOA SELAMAT MULA KERJA DAN HADIAH HARI JUMAAT

Salam.

Saya menerima sms dari T/Pengerusi 1 supaya memaklumkan kpd semua AJK TAPIS agar dapat hadir pada 27/2/09 jam 8.00 pagi untuk majlis doa selamat bermulanya kerja-kerja penyelenggaraan tanah perkuburan Islam Sg Merab. Majlis diadakan di kawasan kubur secara ringkas tanpa sebarang jamuan atau potong riben merah macam orang sebelah sana selalu buat tu.

Hari ini saya bercadang untuk singgah sebentar ke majlis tersebut selepas menghangtar anak ke sekolah PASTI. Namun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan kerana tepat jam 8.00 hujan turun agak sederhana lebat. Dalam hati saya belum tentu ada orang di sana sebab hujan. Kalau tunggu tak tahulah bila pula saya nak kena pergi kerja. Oleh itu rancangan saya terpaksa dibatalkan dan terus pergi ke tempat kerja.

Untuk makluman, kutipan tabung TAPIS hingga setakat ini telah mencecah RM42,000.00. Terima kasih kepada orang ramai yang telah menyumbangkan derma. Saya akan sentiasa update berkaitan perkembangan kubur kita, insyaallah.

Saya juga mengharapkan kubur kita akan menjadi sebuah mahligai indah untuk ahli-ahlinya seperti yang berlaku di dalam kisah ini..........

HADIAH MALAM JUMAAT

Perkara : Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi keMasjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkatAwal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih Duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagiahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kuburmasing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.

Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kuburmemakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yanglain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisahkerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talamyang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yanggemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawatalam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalamkuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah sipemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalamkuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannyauntuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkauterlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakahengkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?"tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talamitu?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisihadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah matiyang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dandoa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hariJumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telahberkahwin dengan suami baru.

Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untukanaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yangmengingati si pemuda.Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabilamelihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidakmenerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. laluia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemudatersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengarketerangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minumsusu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidurketika kecilnya."Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangispenuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selamaini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangunmeninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah siibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknyalalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah akutidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama akumasih hidup." Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakirmiskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.

Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanyaoleh ibu pemuda tersebut.Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al MaizyBerangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanansebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap danbermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnyakelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakaipakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata : "Wahai tuan Salih,aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. ""Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh,Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya?""Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat, selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira keranasipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doadari ibunya (

Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimudosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan"

No comments:

Post a Comment

thank you for your comments

Post a Comment