Thursday, April 14, 2011

Mengapa kita perlu berzikir?

Mengapa kita perlu berzikir? Apa faedah berzikir? 

Terlalu banyak untuk disebut satu persatu, sebahagian daripadanya 
adalah sebagai berikut: 

• Zikir adalah jambatan antara hamba dan Tuhannya, ia merupakan 
jalan menuju kecintaan Allah dan reda-Nya. 
• Zikir merupakan pintu untuk naik dan membuka. 
• Zikir merupakan mikrajnya seorang hamba kepada Khaliqnya. 
• Zikir merupakan tanda-tanda orang-orang yang ingin berjalan 
menuju Allah dan ia adalah kekuatan hati, makanan hati, cahaya 
dan penerang penglihatan. 
• Zikir merupakan jalan untuk menyampaikanmu kepada Tuhanmu, 
iaitu satu jalan yang sangat dekat dan jalan memperoleh kewalian 
dan menjadi orang-orang yang terpilih. 
• Zikir adalah penyelamat dari azab Allah, cahaya bagi setiap 
mukmin di dalam kuburnya. 
• Zikir adalah pakaian bagi orang mulia dan agung. 
• Zikir adalah penerang wajah dan hati. 
• Zikir merupakan pemberian kekuatan bagi roh dan badan. 
• Zikir merupakan penghilang kebiadaban antara hamba 
dengan Tuhannya. 
• Zikir merupakan penghalang syaitan untuk mendekat, sehingga 
apabila syaitan mendekat, sedangkan hamba sedang berzikir 
kepada Allah, maka syaitan akan menjerit ketakutan. 
• Zikir merupakan penghilang kesedihan, kesusahan, menolak 
segala penyakit, melenyapkan kesedihan dan bala. Apabila 
mereka ditimpa bala, maka Tuhanlah sebagai tempat mengadu. 
• Zikir merupakan taman di dalam syurga, satu tempat yang 
mereka akan terima dengan kebahagiaan, yang membuat hati 
merasa senang dan gembira. 
• Zikir merupakan penghilang kekerasan hati dan mengembalikan 
hati menjadi bersih dan bercahaya. 
• Zikir juga menyebabkan mendapat ketenangan jiwa, rahmat dari 
Allah dan kehadiran para malaikat. Kemudian para malaikat akan 
berkumpul dengan mereka untuk berzikir kepada Allah. 
• Zikir merupakan naungan di dalam kubur yang gelap dan 
menghilangkan ketakutan, sehingga datangnya hari kiamat 
dan manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam. 
• Zikir juga merupakan penyebab turunnya rezeki, kebaikan 
dan pemberian. 
• Zikir adalah roh kepada perbuatan amal soleh. Apabila pada 
amal tidak terdapat zikir, nescaya ia seperti tubuh yang tidak 
mempunyai roh. 
• Zikir adalah suatu jalan untuk mendekatkanmu dengan Allah 
dan menjadikanmu selalu diingat Tuhanmu. 
 

Thanks & Regards
*********************
Zakaria Ahmad

MNC