Wednesday, March 18, 2009

Musim Hujan

Salam.
Sekarang keadaan cuaca agak tidak menentu. Sentiasa hujan dan lebih memeritkan ada kawasan-kawasan terutama di lembah Kelang yang dilanda banjir kilat. Kerja-kerja penambakkan tanah perkuburan juga agak terjejas kerana lori-lori tidak mungkin mengangkut tanah dalam keadaan basah. Kawasan yang ditambak juga telah menampakkan perubahan. Insyaallah, mahligai akhir kita akan siap sedikit masa lagi.

Jazakallah khair.

Wednesday, March 04, 2009

SURAT KEBENARAN MEMUNGUT DERMA MAIS











SURAT KEBENARAN MEMUNGUT DERMA DARI MAIS

Salam.
Surat kebenaran memungut derma tabung ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh Majlis Agama Islam Selangor bertarikh 18 Februari 2009 /22 Safar 1430H. No rujukan surat seperti di bawah:

(33) MAIS/KP/BPM/03-4/002/12-3 Jld 2

Tempoh sah laku bermula dari 23 Februari 2009 hingga 23 Ogos 2009 (6 bulan)
Jumlah kutipan derma sehingga 27 Februari 2009 - RM52,204.50 (penyata bank)
Jumlah tidak rasmi sehingga 3 Mac 2009 - RM54,504.50
Insyaallah saya akan scan surat ini dan siarkan di dalam blog.
Kepada penderma, hanya Allah sahaja yang akan membalas budi baik tuan/puan.

Jazakallah Khairan Kathira