Monday, May 31, 2010

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT SEMPURNANYA PROJEK TAPIS SG MERAB

Assalamualaikum wbrkth.
 
Pada 29 Mei 20101, tepat jam 9.30 pagi bertempat di dewan orang ramai Kg Sg Merab telah berlangsungnya majlis kesykuran dan doa selamat sempena sempurnanya projek tabung TAPIS Sg Merab. Antara tetamu VIP yang hadir ialah YB Dr Shafei Abu Bakar, ADUN Bangi merangkap Ahli Parlimen Angkat Sepang, Tn Ahmad Fairuz, Pen. Pegawai Daerah Sepang dan Ir. Hazlin, Ahli Majlis Daerah Sepang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustadz Fauzi Abd. Majid, diikuti dengan pembentangan laporan tabung TAPIS oleh Tn Hj Rosli Talib dan seterusnya ucapan Pengerusi JKKK, Tn Hj Bajuri Turman. Walaupun projek ini telah selesaikan, namun jika ada sesiapa yang masih ingin menyumbang boleh terus berurusan dengan Pengerus JKKK. Antara matlamat akhir yang hendak dicapai ialah membeli jentera pengorek tanah bagi memudahkan kerja-kerja menggali kubur. Dianggarkan nilai jentera ini ialah kira-kira RM25,000.00
 
Majlis diteruskan dengan tazkirah oleh Prof. Dr. Ustadz Udah Mohsin bertajuk "Sedekah Jariah dan Mengingati Mati." Selepas itu diadakan satu tayangan klip video berkaitan tanah perkuburan Kg Sg Merab sejak dari mula projek hingga sekarang. Pengerusi JKKK seterusnya membubarkan tabung TAPIS dengan secara rasmi dan seterusnya melancarkan buku Hukum Hakam Berkaitan Dengan Tanah Perkuburan yang telah ditulis oleh Prof. Dr. Ustadz Udah Mohsin dan ianya telah dimuzakarahkan oleh alim ulama dan bijak pandai yang menetap di Kg Sg Merab. Akhir sekali semua AJK tabung TAPIS telah bergambar kenangan dengan tetamu jemputan dan seterusnya makan tengah hari dan bersurai.
 
Dianggarkan sekitar 200 orang tetamu yang hadir dan ia agak mengecewakan kerana urus setia menjangkakan kehadiran seramai 400 orang. Walau bagaimanapun ia tidak mencacatkan majlis kerana perkara utama ialah membentangkan laporan kemajuan dan kewangan projek tabung TAPIS supaya ia telus dan tidak menjadi perkara berbangkit di kemudian hari. Urusetia mengucapkan tahniah kepada semua tetamu yang hadir, penyumbang-penyumbang dan JKKK Kg SG Merab serta AJK tabung TAPIS kerana telah bertungklus lumus memastikan kejayaan projek tabung TAPIS dan juga memastikan majlis kesyukuran ini berjalan dengan lancar,
 
Jazakallah Khairan Khatira.
 
Wassalam.
 
S/U Tabung TAPIS
31 Mei 2010
9.45 pagi.
 
"Gambar akan diupload kemudian.

Thursday, May 27, 2010

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT SEMPENA SEMPURNANYA PROJEK PENYELENGGARAAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KG SG MERAB

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
 
SEMUA AHLI KARIAH KG SG MERAB DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT SEMPENA SEMPURNANYA PROJEK PENYELENGGARAAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KG SG MERAB. BUTIRANNYA ADALAH SEPERTI DI BAWAH:
 
TARIKH   : 29 MEI 2010
MASA       : 8.30 PAGI
TEMPAT  : DEWAN ORANG RAMAI KG SG MERAB LUAR
 

Aturcara Majlis:

8.30 pagi              – Kehadiran orang ramai dan tetamu jemputan

9.00 pagi              – Kata-kata aluan Pengerusi Majlis

9.10 pagi              – Bacaan doa

·         Ustadz Fauzi Abd. Majid

 

9.15 pagi              – Ucapan Pengarah Projek

·         Tn. Hj. Rosli bin Talib

 

9.45 pagi              – Ucapan Pengerusi JKKK

·         Tn. Hj. Bajuri Turman

 

10.00 pagi            – Ceramah/Tazkirah

·         Prof. Dr. Udah Mohsin

 

11.00 pagi            – Tayangan slaid projek

·         Bermula dengan baik, berakhir dengan lebih baik

 

11.15 pagi            – Pengumuman pembubaran AJK Tabung TAPIS Kg Sg Merab Luar

11.30 pagi            – Majlis bergambar kenangan

11.45 tgh              – Jamuan makan tengah hari

12.30 tgh           – Bersurai


 
S/U
TABUNG TAPIS

Sunday, May 16, 2010

WAJAH BARU KUBUR KG SUNGAI MERAB - MEI 2010

KAWASAN YANG MASIH MEMERLUKAN DANA UNTUK DISIAPKAN.

















WAJAH BARU KUBUR KG SUNGAI MERAB - MEI 2010

INILAH HASILNYA - WAJAH KAWASAN TANAH PERKUBURAN BARU YANG TELAH DITAMBAK DAN DIBINA WAKAF.

















WAJAH BARU KUBUR KG SUNGAI MERAB - MEI 2010

INILAH HASILNYA - WAJAH KUBUR LAMA YANG TELAH DIBAIK PULIH