Monday, April 20, 2009

LAPORAN KERJA-KERJA PENAMBAKAN DAN LAPORAN KEWANGAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Laporan kerja penambakan.
  1. Kerja-kerja penambakan dimulakan pada 17 Mac 2009 hingga ke hari ini.
  2. Kawasan yang telah ditambak seluas lebih kurang 75 %.
  3. Cadangan proses kerja selepas selesai kerja penambakan:
  • Membina pagar
  • Membina longkang/perparitan
  • Penanaman rumput
  • Membina pondok/wakaf
  • Membina jejantas/jambatan

Laporan kewangan.

  1. Jumlah kutipan derma sehingga 19 April 2009 adalah sebanyak RM90,317.002.
  2. Jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan setakat 19 April 2009 adalah sebanyak RM19,000.00 (belum muktamad).

AJK TAPIS akan mengemukakan jumlah kutipan yang telah diperolehi kepada Dato' Dr. Hassn Ali (Exco Agama Islam) untuk memohon bantuan seperti yang telah dijanjikan oleh beliau pada hari pelancaran tabung TAPIS.

AJK TAPIS juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan orang ramai terhadap kerja-kerja amal ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dermawan sekelian. Walau bagaimanapun tabung derma masih dibuka untuk kutipan. Sumbangan boleh dibuat terus ke dalam akaun Tabung TAPIS atau hubungi AJK TAPIS terdekat seperti yang tertera di blog ini.

Jazakallah Khairan Kathira.

Setiausaha

Monday, April 13, 2009

Update Kerja-Kerja Penambakkan

Salam.

Sehingga hari ini 13 April 2009, kerja-kerja penambakkan telah mencecah 2/3 kawasan. Alhamdulillah kira-kira 200 hingga 300 lori tanah sahaja diperlukan lagi untuk menyiapkan kerja-kerja penambakkan. Semoga Allah memberkati usaha yang dijalankan ini.

Wassalam.