Friday, January 30, 2009

MESYUARAT AGONG KHAS PENCALONAN J/K MASJID AL-MUKARRAMAH KG SG MERAB SESI 2009-2012

Salam sejahtera.

Malam tadi 29 Jan 2009, selepas solat Isya' telah diadakan mesyuarat agong khas untuk mencalonkan j/kuasa masjid Al-Mukarramah atau lebih dikenali sebagai masjid baru di kalangan penduduk tempatan. Ramai ahli kariah telah hadir dan mungkin inilah kali pertama mesyuarat pemilihan ini dihebahkan secara berkesan dan sampai kepada penduduk tempatan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Tadbir Agama Islam Dearah Sepang dan ia berjalan dengan lancar dan baik.

Seperti mana sebelumnya, pihak AJK sedia ada yang terdiri daripada penyokong Sharif Jajang, mantan Ahli Parlimen Sepang dan ADUN Dengkil begitu bersedia bagi memastikan j/kuasa yang bakal dipilih adalah terdiri daripada juak-juaknya. Hasil daripada mesyuarat tersebut Sharif Jajang dan juak-juaknya berjaya memonopoli senarai pencalonan kerana bilangan penyokong beliau agak ramai iaitu kira-kira 100 orang berbanding penyokong PR/fisabilillah/atas pagar yang hanya seramai lebih kurang 40 orang. Sharif Jajang begitu bersedia dengan senarai calon-calonnya dan seolah-olah melihat pencalonan ini sebagai hidup dan mati karier politiknya di Sungai Merab. Beliau cukup angkuh mempertikaikan kehadiran ahli kariah yang tidak mendaftar sebagai ahli kariah dengan sempurna berbanding dengan juak-juaknya yang telah mendaftar dengan lengkap. Beliau mahu hanya ahli kariah yang mendaftar dengan lengkap dan dibekalkan dengan buku kuning sahaja yang layak untuk dicalon dan dipilih. Sebaliknya beliau mahu ahli kariah yang mendaftar tetapi tidak lengkap dan dibekalkan dengan buku putih dianggap tidak layak dicalon dan dipilih.

Inilah mentaliti Sharif Jajang yang kes rasuahnya masih lagi berjalan. Walaupun sudah tidak mempunyai kuasa politik tetapi masih mahu mengekalkan legasinya di Sungai Merab seolah-olah hanya beliau dan juak-juaknya sahaja yang layak mentadbir masjid. Tidak ada kompromi langsung agar j/kuasa ini dapat diwakili daripada semua zon yang ada di Sungai Merab. Walau bagaimanapun sesuatu yang harus dibanggakan ialah tiada berlakunya sebarang perkara yang serius yang boleh mengakibatkan perpecahan di kalangan ahli kariah dan pihak yang kalah nampaknya menerima kekalahan dengan berlapang dada tanpa ada rasa sedikitpun rasa terkilan di hati. Tahniah kepada semua yang terpilih dan anda telah diamanahkan untuk mengimarahkan rumah Allah. Jalankanlah tugas dengan jujur dan amanah serta jadikanlah masjid sebagai tempat untuk menyatupadukan masyarakat.

Jazakallah khair.

No comments:

Post a Comment

thank you for your comments