Friday, November 06, 2009

PENGURUSAN JENAZAH

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
SURAU AL-HIKMAH
SBZ3 SHAH ALAM
oleh
Ustaz Mohd Salleh Hj. Mastor
10hb April 2005
Imam Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya
Pengenalan
Tanggung jawab menguruskan jenazah adalah wajib bukan sahaja kepada
pegawai masjid seperti imam & bilal, tetapi ke atas semua
individu muslim yang mukallaf.
Oleh itu adalah perlu untuk semua muslim yang mukallaf
mempelajari dan mengetahui cara-cara menguruskan jenazah.
Kematian - Tanda awal
- tapak kakinya lurus
- hidungnya tunduk (jatuh)
- sendi pergelangan tangannya renggang
- dan pelipisnya lekuk.

Amalan orang yg sakit (tenat)
- segera bertaubat
- berwasiat
- bersangka baik terhadap keampunan Allah (swt)
- berharap kepada rahmat Allah (swt)
- minta lindung dari azab kubur
Apabila sudah sampai tanda akhir
- sunat diajarkan kalimah “La ila ha illallah”
- sunat dibacakan surah “Yaa Sin”
- sunat juga dibacakan surah “Ar-Ro’ad”
- wajib diberi minum sekiranya dia dahaga
- sunat diberi minum sekiranya tidak dahaga
- harus dititikkan air ke dalam mulutnya ketika nazak
- di basahkan muka dan dadanya
- dihadapkan mukanya ke arah kiblat (diiringkan)
- diiringkan ke kanan
- atau ke kiri (sekiranya sukar utk ke kanan)
- atau terlentang dgn kaki ke kiblat dan kepala
ditinggikan.

Apabila sudah keluar rohnya
- sunat dipejamkan kedua matanya
- sambil membaca doa
- sunat diikatkan dagunya ke kepala
- melembutkan sendi-sendi tangan, kaki & peha*
* di ulang beberapa kali dgn lembut
* boleh juga diurut dgn sedikit minyak
- ditukar pakaiannya dgn yg bersih
- diselimutkan dgn kain
- diletak di atas tempat yg agak tinggi (katil)
- diletakkan di atas perutnya besi (benda berat kira-kira
4 tahil/150gm), supaya tidak kembung.
Kematian & kewajipan yg hidup
Menyempurnakan mayat orang Islam yg bukan mati shahid itu
adalah fardhu kifayah.
- Dimandikan
- Dikafankan
- Disembahyangkan
- Dikebumikan

* Sekalipun mayat orang yg membunuh diri
Apabila telah yakin mati seorang Islam itu, hendaklah
disempurnakan keempat-empat perkara itu dgn seberapa segera.
Pengurusan Jenazah
Sekurang-kurang mandi mayat itu hendaklah diratakan air pada
seluruh badannya setelah dibersihkan najisnya, hingga kpd bhg
faraj yg zahir waktu duduk mencingkung (wanita) dan hingga ke
bawah pelepah zakar (lelaki) jika zakar itu celik.
- jika zakar itu buta dan tidak boleh disampaikan air ke dalamnya
memadailah dgn dimandikan sahaja (tidak perlu tayammum).
Memandikan Mayat
Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak
menguruskan Jenazah
1. Berani.
2. Sabar.
3. Amanah.
4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup
Memandikan Mayat
1. Tempat
- Bilik yg tertutup
- Tidak dibenarkan orang lain memasukinya melainkan:-
2. Orang yg memandikan serta penolongnya
3.Walinya/warisnya yg hampir
- Di atas tempat yg tinggi (tidak terkena air yg kotor)

Peralatan (mandi & kafan)
1. Kain putih
2. Kapas
3. Papan alas mandi
4. Sabun
5. Akar sintuk
6. Serbuk cendana
7. Minyak atar
8. Air mawar
9. Tikar
10. Gunting
11. Kapur barus
12. Sarung tangan
13. Tuala mandi
14. Jug air
15. Kain batik lepas
16. Sikat
17. Bantal (2 biji)
18. Baldi & gayung
Cara mandi
1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan
4. Sediakan air sabun.
5. Sediakan air kapur barus bersama akar sintuk.
6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau
mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan berhati-hati.
Basuh dengan menggunakan sarung tangan agar tidak
tersentuh auratnya.
9. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga,
celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air
sabun juga.
12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat
sambil berniat :

Niat mandi
1. Lafaz niat untuk jenazah lelaki
2. Lafaz niat untuk jenazah perempuan
“SAHAJA AKU MEMANDIKAN JENAZAH (LELAKI) KERANA ALLAH TA’ALA”
“SAHAJA AKU MEMANDIKAN JENAZAH (PEREMPUAN) KERANA ALLAH TA’ALA”
3. Terlentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga
hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
4. Siram sebelah kanan 3 kali.
5. Siram sebelah kiri 3 kali. * semuanya 9 kali
6. Mengiringkan mayat ke kiri, basuh bahagian lambung kanan
7. Mengiringkan mayat ke kanan, basuh bahagian lambung
sebelah kirinya pula.
8. Terlentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13

Niat wuduk:
Lafaz niat wuduk untuk jenazah lelaki / perempuan
“SAHAJA AKU MEWUDUKKAN JENAZAH (LELAKI / PEREMPUAN) INI KERANA ALLAH TA’ALA”
Siram dengan air sembilan kali.
Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan
baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan
tuala pada seluruh badan mayat.
Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang
disediakan.
Usung ke tempat mengkafan dgn menutup seluruh anggotanya.
Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah
dimasukkan ke dalam kapan bersama (Contoh : rambut, kuku dll).
Mengkafankan Mayat
Sekurang-kurang kafan itu ialah dengan selapis kain yang
menutup seluruh badannya.
Kafan yg afdhol (terbaik):-
Lelaki
- Tiga lapis kain putih
- Boleh ditambah dgn sehelai baju & serban
Wanita
Lima lapis
- 2 lapis kain kafan
- 1 lapis kain nipis (antara pusat & lutut)
- 1 lapis baju
- 1 lapis telekung
Mengkafankan Mayat
Tempat
Tempat rata yang bersih, suci dan kering
Mengkafankan Mayat
Peralatan
1. Tikar
2. Kain kafan
3. Tali (dari kain yg tidak berjahit)
4. Kapas
5. Serbuk kayu cendana
6. Serbuk kapur barus
7. Minyak atar (wangi)

GULUNG - KAKI KEPALA - BANTAL
Cara membuat jubah

1. Bentangkan tikar (alas yg sesuai)
2. Susun tali pengikat (3 atau 5 utas) di atas tikar tersebut
3. Susun kain kafan di atas tali pengikat tersebut
4. Taburkan/renjiskan wangian pada setiap lapis kain kafan
5. Sediakan kapas yg telah dicampur dgn wangian dan kayu cendana
6. Angkat mayat dan baringkan di atas kain kafan
7. Tutupkan kapas tersebut pada bahagian:-
i. Muka
ii. Telinga
iii. Buah dada (wanita)
iv. Kemaluan
v. Siku
vi. Tumit
8. Angkat mayat dan baringkan di atas kain kafan.
- Tutupkan/bungkuskan kafan ke atas mayat
- Ikat dgn tali pengikat
- Simpul hidup pada sebelah kiri mayat
- Sebelum menutup bhg kepala, benarkan waris
melihat/mencium mayat
- Renjiskan dengan air mawar dan minyak wangi.
- Angkat dan letakkan di tempat solat
Solat Jenazah
Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah
dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf
(barisan) sekurang-kurangnya dua orang dlm setiap satu saf .
Bagi orang perempuan dibolehkan mengikuti berjemaah bersamasama
dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas
jenazah setelah disolatkan oleh orang lelaki.

Cara mengerjakan Solat Jenazah
Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya
hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.
Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan
lambung atau bahagian tengah jenazah itu.
Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan
di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan
solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas, bersih dan suci.

LELAKI
WANITA
KIBLAT

Rukun solat jenazah
1. Niat
2. Qiam
3. kali takbir (termasuk takbiratul-ihrom)
- Membaca Al-Fatihah selepas takbir pertama
- Membaca salawat ke atas nabi selepas takbir yg kedua
- Membaca doa selepas takbir yg ke tiga
4. Mengucap salam selepas takbir yg keempat.
Solat Jenazah
Lafaz niat solat jenazah :
a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :
b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini
dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala"
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini
dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala"
Jutaan terima kasih:

Ustaz Mohd Salleh Hj. Mastor
AJK Surau Al-Hikmah, SBZ3

No comments:

Post a Comment

thank you for your comments