Tuesday, January 13, 2009

Surat Rayuan Derma

TABUNG PERKUBURAN ISLAM SUNGAI MERAB
(TABUNG TAPIS SUNGAI MERAB)
KAMPUNG SUNGAI MERAB LUAR, MUKIM DENGKIL
DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN



Tarikh : 13 Januari 2009

Kepada

Sesiapa yang berkenaan
-Hamba Allah
-Syarikat Korporat
-GLC


Dato’/Datin/Tuan/Puan


PER : RAYUAN DERMA UNTUK PROJEK PENAMBAKKAN TANAH PERKUBURAN KG SG MERAB

Didoakan semoga tuan/puan sekeluarga berada di dalam lindungan Allah SWT sentiasa hendaknya

Merujuk kepada perkara di atas adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa penduduk Kg Sg Merab sekarang ini sedang berhadapan dengan masalah besar berkaitan dengan tanah perkuburan. Untuk makluman tuan/puan ini adalah kerana tanah perkuburan sediada telah hampir penuh manakala baki kawasan tanah perkuburan ini tidak dapat digunakan kerana kedudukannya yang sangat rendah dan mengandungi air bila digali. Setelah diadakan perbincangan, maka dipersetujui bahawa satu-satunya cara yang ada adalah dengan menambak tanah di kawasan rendah tersebut.

Oleh kerana itu penduduk Sg Merab melalui JKKK telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah tabung yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi projek penambakkan tanah perkuburan tersebut. Tabung ini dinamakan Tabung Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab, atau ringkasnya TABUNG TAPIS SUNGAI MERAB.

Untuk tujuan penilaian dan anggaran kos projek, Jawatankuasa telah memanggil tender terbuka untuk tujuan ini. Berdasarkan sebutharga yang telah diterima kos projek ini adalah dianggarkan sebanyak RM160,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Enam Puloh Ribu) yang meliputi pembelian tanah untuk penambakkan, kerja-kerja merata dan kerja-kerja infrastruktur yang berkaitan.

Setelah mendapat anggaran kos projek tersebut, Ahli Jawatankuasa telah merancang beberapa kaedah untuk menjana keperluan kewangan yang sangat besar ini. Antara yang dicadangkan ialah


Kutipan derma dari rumah ke rumah setiap penduduk kampung.
Sumbangan derma syarikat dan individu
Permohonan peruntukkan kerajaan

Sehubungan dengan itu kami dengan rasa rendah hati memohon serta merayu tuan/puan untuk menghulurkan sumbangan kepada tabung ini. Kami amat mengharapkan sumbangan ikhlas tuan/puan ini demi untuk memenuhi keperluan fardhu kifayah. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa dan sumbangan tuan/puan ini. Bagi pihak kami hanyalah sekadar ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Bersama-sama ini juga dilampirkan salinan:

1. Surat kebenaran kutipan derma
2. Anggaran kos projek oleh penender

untuk rujukan tuan.

Jika pihak tuan memerlukan maklumat lanjut atau apa-apa juga perkara berkaitan projek dan tabung ini, kami sentiasa bersedia dan amat berbesar hati untuk menerangkannya.

1. En Bajuri bin Turman - Pengerusi
No. H/P : 017-3508292

2. Hj Rosli bin Talib – Timb. Pengerusi 1
No. H/P : 013-3088982

Bersama-sama ini dilampirkan juga borang jawapan untuk kemudahan tuan/puan.

Akhirnya terima kasih atas perhatian dan keprihatinan tuan/puan terhadap rayuan penduduk Kampung Sungai Merab ini. Sesungguhnya harapan kami amatlah tinggi dan semoga Allah merestui usaha kita ini.

Sekian. Wassalam


Yang ikhlas,




BAJURI BIN TURMAN
Pengerusi

_______________________________________________________
Surat jawapan
Tarikh :


___________________________
___________________________
___________________________
___________________________


Kepada :

Pengerusi
Tabung TAPIS Sungai Merab


Tuan,

PER : SUMBANGAN DERMA

Bersama-sama ini disertakan Cek No……………………… berjumlah RM………………
Sebagai sumbangan saya/kami untuk tabung ini.

Sekian. Wassalam

Yang ikhlas,




………………………………..





Nota.
Sumbangan berbentuk cek hendaklah ditulis atas nama TABUNG TAPIS SUNGAI MERAB

No comments:

Post a Comment

thank you for your comments