Thanks & Regards
*********************
Zakaria Ahmad
MNC
TABUNG PENYELENGGARAAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG SUNGAI MERAB 2009
Thanks & Regards
*********************
Zakaria Ahmad
MNC
Thanks & Regards
*********************
Zakaria Ahmad
MNC
Kelebihan Puasa 10 Muharram (Hari Asyura')
Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura'. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, "Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah". Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.
Dari hadis riwayat Muslim bebrunyi "إن عاشوراء من أيام الله.." bermaksud, "Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah". Dalam satu riwayat bermaksud, "… dengan nikmat Allah taala".
Dalam satu hadis menyebut "هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون" bermaksud, "Hari ini adalah hari yang besar dimana Allaah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun". Sabdanya lagi "يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم" bermaksud, "Hari ini ialah hari yang baik dimana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka". Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda"أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون.." bermaksud, "Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel keatas Firaun".يعني رمضان) وعن ابن عباس "ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan". Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.
Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah diantara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.
Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?
Kebanyakan Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan "Asyura" diambil dari perkataan Asyara bermakna "sepuluh" tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim). Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan Ulamak mengatakan "Asyura" adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra ويؤيده ما رواه ابن عباس "أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر" (الترمذي: 755 حسن صحيح)، yang bermaksud, "Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh" (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).
Ibadat puasa adalah salah satu tunggak Islam terpenting dalam membina rijal Dakwah dan generasi masa depan Islam yang gemilang.
Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas فقد سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد، وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد: 1/239: 2135 صحيح) apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata bermaksud, "Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan'. Aku bertanya, 'Begitukah Rasulullah saw berpuasa?'. Dia menjawab, 'Ya''. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.
Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh bulan Muharram berdasarkan hadis "حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم "فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع" قال: فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) bermaksud, "Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, 'Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup'. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat". Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Dikalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai laangkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.
Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: "صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا" bermaksud, "Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya".
Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.
Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan membuatkan untuk mereka alat permainan di
Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri, keluarga dan masyarakat kita kea rah mendaulatkan kembali Islam di Negara, rantau dan dunia ini. Ameen.
Perkongsian daripada INILAH JALANKU
Thanks & Regards
*********************
Zakaria Ahmad
MNC
Imam Syafie: Gugur kewajiban sholat Jumaat, setelah menunaikan Sholat Aidilfitri.
Imam Malik: Wajib menunaikan kedua-duanya.
Imam Ahmad: Gugur kewajiban sholat Jumaat, sekirannya sholat Aidilfitri ditunaikan. TETAPI imam perlu mendirikan sholat Jumaat supaya yang ingin hadir Jumaat dapat melaksanakannya.
Imam ibnu Tamiyyah: Gugur kewajiban sholat Jumaat dan Zohor, sekiranya sholat Aidilfitri ditunaikan.
Imam Hambali, dan kebanyakkan Imam-Imam: Wajib menunaikan sholat Zohor, sekiranya sholat Jumaat digugurkan.
Kesimpulan:
1) Majoriti mengatakan Sholat Jumaat tersebut TIDAK WAJIB dilakukan sekiranya Sholat Aidilfitri (atau Aidiladha) telah dilakukan pada hari tersebut, TETAPI ianya adalah WAJIB bagi lelaki Muslim yang bermaustautin dan ahli Qariyah setempat tersebut. TETAPI adalah menjadi keWAJIBan untuk menunai sholat Zohor sekiranya tidak menunaikan sholat Jumaat. Seperti yang diketahui, sholat Jumaat adalah tidak wajib bagi beberapa golongan, iaitu kaum wanita, lelaki bermusafir, hamba dan lelaki yang uzur sya'rie.
2) Perbezaan Pandangan atau Pendapat dan juga MAZHAB/Imam didalam Islam bukannya masalah, TETAPI ianya adalah satu RAHMAT
Tambahan:Adab-adab sholat Aidilfitri (atau Aidiladha)
1. Disunatkan makan sedikit terlebih dahulu sebelum sholat Aidilfitri (sholat Aidiladha sebaliknya).
Rujukan:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/aidilfitri-dan-aidiladha-jatuh-pada-hari-jumaat
http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/Fadilat/20090819135229/Article/
http://muslim06.blogspot.com/2009/12/solat-zohor-tidak-wajib.html
http://al-fikrah.net/News/print/sid=175.html"Thanks & Regards
*********************
Zakaria Ahmad
MNC
Why do we read Quran |
Bentuknya memang sederhana, namun jemaah datang dari seluruh pelusuk kampung sebelum waktu solat masuk lagi.
Ceritanya begini :
Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir bandar Istanbul ada seorang yang warak dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar ia tidak membeli apa-apa. Jika berasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya " Shanke Yadem" .
Kemudian, apa yang dia lakukan selepas itu? Wang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tabung)… Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Ia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali setakat menjaga keperluan hidupnya saja.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid. Akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.
Macam Masjid Nabawi iaitu masjid pertama yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madina yang didirikan dari pohon kurma sahaja..
Akhirnya, Khairuddin berhasil mewujudkan cita-citanya yang amt mulia itu dan masyarakat di sekitarnyapun kehairanan, bagaimana Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iaitu membangunkan sebuah masjid dan berhasil dia menjadikan ia realiti. Mereka tidak menyangka bahwa Khairud ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak boleh berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.
Setelah masjid tersebut berdiri, Mereka bertanya bagaimana cerita seorang yang miskin boleh membangun kan masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi namanya dengan: "Shanke yadem" (Angap Saja Saya Sudah Makan).
Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan memiliki rezeki lebih dari kaum Muslimin di dunia ini berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, hosital dan fasiliti hidup lainnya yang dapat dibangunkan? Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa harus meminjam ke lembaga dan Negara yang memusuhi Islam dan umatnya?
Jemaah yang melimpah, tanda keberkatan dan amal soleh dari harta yang halal dan bersih.
Kalaulah kaum Muslimin sekarang ini memiliki konsep hidup sederhana dan mementingkan kehidupan akhirat dan mengutamakan istana di syurga berbanding rumahku syurgaku di dunia, seperti yang dimiliki Khairuddin Afandi, pastilah umat ini mampu meninggalkan yang haram dan syubhat dalam hidup mereka. Mereka pasti mampu mengalahkan syahwat duniawi yang menipu itu.
Sebagai hasilnya, pastilah negeri-negeri Islam akan berlimpah keberkatn yang Allah bukakan dari langit dari bumi. Kenyataannya adalah sebaliknya.(Q.S. Al-A'raf / 7 : 96) Maka ambil pelajaranlah wahai orang-orang yang menggunakan akal sehatnya!
Note : Dari buku "Keajaiban Sejarah Ustmani", oleh : Ust. Urkhan Mohamad Ali.
Thanks & Regards
*********************
Zakaria Ahmad
MNC
Assalamualaikum w.b.t... |
Bagi minuman rin gan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.
KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,
Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :
1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam .Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.
Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??
Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja . Wassalam
4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar den gan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.
5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal den gan yg tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California pizza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Mar jan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka den gan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
10. Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.Nota: albangi dapat melalui e-mail. http://albangi.wordpress.com