Friday, January 30, 2009

PELANCARAN TABUNG TAPIS

Salam sejahtera.

Pagi ini saya telah menerima panggilan telefon dari Timbalan Pengerusi 1 memaklumkan kpd saya bahawa tarikh pelancaran Tabung TAPIS Sg Merab telah ditetapkan pada 8 February 2009. Dato' Dr Hassan Ali, Exco kerajaan Negeri Selangor akan hadir untuk merasmikan pelancaran tabung ini bertempat di dewan orang ramai Kg Sg Merab, jam 3.00 petang. Dianggarkan jemputan yang hadir untuk majlis pelancaran ini ialah kira-kira 300 orang.

Satu mesyuarat peringkat J/K akan diadakan pada 1 Feb 2008, jam 9.00 malam bertempat dikompleks JKKK. Semua AJK diwajibkan hadir.

S/Usaha

MESYUARAT AGONG KHAS PENCALONAN J/K MASJID AL-MUKARRAMAH KG SG MERAB SESI 2009-2012

Salam sejahtera.

Malam tadi 29 Jan 2009, selepas solat Isya' telah diadakan mesyuarat agong khas untuk mencalonkan j/kuasa masjid Al-Mukarramah atau lebih dikenali sebagai masjid baru di kalangan penduduk tempatan. Ramai ahli kariah telah hadir dan mungkin inilah kali pertama mesyuarat pemilihan ini dihebahkan secara berkesan dan sampai kepada penduduk tempatan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Tadbir Agama Islam Dearah Sepang dan ia berjalan dengan lancar dan baik.

Seperti mana sebelumnya, pihak AJK sedia ada yang terdiri daripada penyokong Sharif Jajang, mantan Ahli Parlimen Sepang dan ADUN Dengkil begitu bersedia bagi memastikan j/kuasa yang bakal dipilih adalah terdiri daripada juak-juaknya. Hasil daripada mesyuarat tersebut Sharif Jajang dan juak-juaknya berjaya memonopoli senarai pencalonan kerana bilangan penyokong beliau agak ramai iaitu kira-kira 100 orang berbanding penyokong PR/fisabilillah/atas pagar yang hanya seramai lebih kurang 40 orang. Sharif Jajang begitu bersedia dengan senarai calon-calonnya dan seolah-olah melihat pencalonan ini sebagai hidup dan mati karier politiknya di Sungai Merab. Beliau cukup angkuh mempertikaikan kehadiran ahli kariah yang tidak mendaftar sebagai ahli kariah dengan sempurna berbanding dengan juak-juaknya yang telah mendaftar dengan lengkap. Beliau mahu hanya ahli kariah yang mendaftar dengan lengkap dan dibekalkan dengan buku kuning sahaja yang layak untuk dicalon dan dipilih. Sebaliknya beliau mahu ahli kariah yang mendaftar tetapi tidak lengkap dan dibekalkan dengan buku putih dianggap tidak layak dicalon dan dipilih.

Inilah mentaliti Sharif Jajang yang kes rasuahnya masih lagi berjalan. Walaupun sudah tidak mempunyai kuasa politik tetapi masih mahu mengekalkan legasinya di Sungai Merab seolah-olah hanya beliau dan juak-juaknya sahaja yang layak mentadbir masjid. Tidak ada kompromi langsung agar j/kuasa ini dapat diwakili daripada semua zon yang ada di Sungai Merab. Walau bagaimanapun sesuatu yang harus dibanggakan ialah tiada berlakunya sebarang perkara yang serius yang boleh mengakibatkan perpecahan di kalangan ahli kariah dan pihak yang kalah nampaknya menerima kekalahan dengan berlapang dada tanpa ada rasa sedikitpun rasa terkilan di hati. Tahniah kepada semua yang terpilih dan anda telah diamanahkan untuk mengimarahkan rumah Allah. Jalankanlah tugas dengan jujur dan amanah serta jadikanlah masjid sebagai tempat untuk menyatupadukan masyarakat.

Jazakallah khair.

Saturday, January 24, 2009

SONG FOR GAZA - WE WILL NOT GO DOWN

Message from Michael

Dear friends,I have been overwhelmed by the warmth and the friendship you have all given me in response to my song for Gaza, "We Will Not Go Down". I am doing my best to go through your numerous messages, emails and comments, and ask you to kindly bear with me until I am able to do so. Please forgive me if I am not able to respond to each and everyone of you; but please also know that I really appreciate your messages.My original intention to donate proceeds from the sale of the MP3 to charity has been complicated by technical matters; therefore, I have decided to make the song available free of charge. I would like to request that after downloading the song from this page, you kindly donate directly to a charity or an organization dedicated to alleviate the suffering of the Palestinian people. Worthy of note is UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East), which has been helping Palestinian refugees since their dispossession in 1949. Please click here to donate through them: http://www.un.org/unrwa/Thank you for your continued encouragement of my work as a musician, for your purchases of my CD, and for spreading the song, the video and the message as you have been doing. I am grateful for every demonstration of support I have received from you, and for every thought and prayer that has gone to the people of Gaza.

Sincerely,
Michael Heart

Friday, January 16, 2009

GAZA RELIEF/TABUNG KEMANUSIAAN GAZA

15 Jan 2009

Dear Brothers and Sisters
Assalamu Alaikum!
Peace be upon you

Pray that you are all well. Further confirmation from Dr. Amin Sinnokrot, IMA Palestine, that there is no passage into Gaza via the West Bank. Recent communications with Dr. Malik Mahmoud and Dr. Madhat Abbas (Director-General Crisis Management, MOH, Gaza) has confirmed safe passage via the Rafah border during the 3 hours of daily ceasefire for humanitarian agencies. Dr Madhat Abbas has specifically requested the following items:

1. tents, mattresses, blankets, clothing for > 100,000 displaced citizens
2. food, water, feeding formulas (infants)
3. wheelchairs, calipers, crutches, splints, walking frames etc
4. operating theatre outer garments, boots, gloves, masks
5. human plasma
6. heparin
7. surgical consumables
8. emergency medicines and equipment including endotracheal tubes

They have also reconfirmed the following disciplines of medical personnel:

1. trauma specialists
2. burn specialists
3. general surgeons
4. orthopaedic surgeons
5. neurosurgeons
6. vascular surgeons
7. paediatric surgeons/specialists
8. urologists
9. ICU professionals (medical and nursing)

The massacre in Gaza has escalated into a genocide of all the citizens using illegal weapons including phosphorus bombs, dime bombs containing uranium and plutonium deposits causing horrific disfiguring injuries, burns and death. The death toll has now exceeded 1,000 and more than 5,000 injuries. The medical services in Gaza were starved of medical support for months preceding the invasion with a total blockade since the start. It is on the brink of total collapse sustained only by the brave but exhausted medical professionals in Gaza. Humanitarian aid has started trickling through but the situation remains a catastrophic humanitarian disaster.

Dear Brothers and Sisters, we need immediate action to assist and support our colleagues in Gaza. We have to sustain the life-saving services in the 13 hospitals of Gaza. Dr. Malik and the members in Arab Medical Union will coordinate their passage from Cairo to Rafah while Dr. Madhat will continue their escort to Shifa Hospital and other neighbouring health facilities.

Kindly coordinate your relief teams with the necessary documentation and forward details to me for final arrangement with our brothers in Egypt and Gaza. See below for more details.

Jazakumallah Khair

Dr. Ashraf Jedaar
FIMA Relief Coordinator
+27836754103
ajedaar@iafrica.com

Dr. Musa Mohd. Nordin
President FIMA
+60123200564
musamn@gmail.com

FIMA Banking details:

JORDAN ISLAMIC BANKShmeisani Branch - AmmanAccount # 46327Beneficiary: Jordan Society for Islamic Medical Sciences.Contact: Prof Aly Mishal: 00962795990054E-mail: info@islamic-hospital.orgSwift Code: JIBAJOAMFull No : (235860 - 235821) (001) 001 0046327

Wednesday, January 14, 2009

Boikot Barangan USA/Israel













BUY AMERICAN LAST. MAY ALLAH BLESS PALASTINIANS AND CURSE JEWS


Tuesday, January 13, 2009

TAZKIRAH- LUASNYA NERAKA

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya." Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada
Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 ”Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Surat Rayuan Derma

TABUNG PERKUBURAN ISLAM SUNGAI MERAB
(TABUNG TAPIS SUNGAI MERAB)
KAMPUNG SUNGAI MERAB LUAR, MUKIM DENGKIL
DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN



Tarikh : 13 Januari 2009

Kepada

Sesiapa yang berkenaan
-Hamba Allah
-Syarikat Korporat
-GLC


Dato’/Datin/Tuan/Puan


PER : RAYUAN DERMA UNTUK PROJEK PENAMBAKKAN TANAH PERKUBURAN KG SG MERAB

Didoakan semoga tuan/puan sekeluarga berada di dalam lindungan Allah SWT sentiasa hendaknya

Merujuk kepada perkara di atas adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa penduduk Kg Sg Merab sekarang ini sedang berhadapan dengan masalah besar berkaitan dengan tanah perkuburan. Untuk makluman tuan/puan ini adalah kerana tanah perkuburan sediada telah hampir penuh manakala baki kawasan tanah perkuburan ini tidak dapat digunakan kerana kedudukannya yang sangat rendah dan mengandungi air bila digali. Setelah diadakan perbincangan, maka dipersetujui bahawa satu-satunya cara yang ada adalah dengan menambak tanah di kawasan rendah tersebut.

Oleh kerana itu penduduk Sg Merab melalui JKKK telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah tabung yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi projek penambakkan tanah perkuburan tersebut. Tabung ini dinamakan Tabung Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab, atau ringkasnya TABUNG TAPIS SUNGAI MERAB.

Untuk tujuan penilaian dan anggaran kos projek, Jawatankuasa telah memanggil tender terbuka untuk tujuan ini. Berdasarkan sebutharga yang telah diterima kos projek ini adalah dianggarkan sebanyak RM160,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Enam Puloh Ribu) yang meliputi pembelian tanah untuk penambakkan, kerja-kerja merata dan kerja-kerja infrastruktur yang berkaitan.

Setelah mendapat anggaran kos projek tersebut, Ahli Jawatankuasa telah merancang beberapa kaedah untuk menjana keperluan kewangan yang sangat besar ini. Antara yang dicadangkan ialah


Kutipan derma dari rumah ke rumah setiap penduduk kampung.
Sumbangan derma syarikat dan individu
Permohonan peruntukkan kerajaan

Sehubungan dengan itu kami dengan rasa rendah hati memohon serta merayu tuan/puan untuk menghulurkan sumbangan kepada tabung ini. Kami amat mengharapkan sumbangan ikhlas tuan/puan ini demi untuk memenuhi keperluan fardhu kifayah. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa dan sumbangan tuan/puan ini. Bagi pihak kami hanyalah sekadar ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Bersama-sama ini juga dilampirkan salinan:

1. Surat kebenaran kutipan derma
2. Anggaran kos projek oleh penender

untuk rujukan tuan.

Jika pihak tuan memerlukan maklumat lanjut atau apa-apa juga perkara berkaitan projek dan tabung ini, kami sentiasa bersedia dan amat berbesar hati untuk menerangkannya.

1. En Bajuri bin Turman - Pengerusi
No. H/P : 017-3508292

2. Hj Rosli bin Talib – Timb. Pengerusi 1
No. H/P : 013-3088982

Bersama-sama ini dilampirkan juga borang jawapan untuk kemudahan tuan/puan.

Akhirnya terima kasih atas perhatian dan keprihatinan tuan/puan terhadap rayuan penduduk Kampung Sungai Merab ini. Sesungguhnya harapan kami amatlah tinggi dan semoga Allah merestui usaha kita ini.

Sekian. Wassalam


Yang ikhlas,




BAJURI BIN TURMAN
Pengerusi

_______________________________________________________
Surat jawapan
Tarikh :


___________________________
___________________________
___________________________
___________________________


Kepada :

Pengerusi
Tabung TAPIS Sungai Merab


Tuan,

PER : SUMBANGAN DERMA

Bersama-sama ini disertakan Cek No……………………… berjumlah RM………………
Sebagai sumbangan saya/kami untuk tabung ini.

Sekian. Wassalam

Yang ikhlas,




………………………………..





Nota.
Sumbangan berbentuk cek hendaklah ditulis atas nama TABUNG TAPIS SUNGAI MERAB
KERTAS CADANGAN
TABUNG WAKAF PENAMBAKAN TANAH PERKUBURAN
KG SG MERAB
(TABUNG TAPIS SG MERAB)




1. PENDAHULUAN

Adalah diketahui secara umum bahawa penduduk kg Sg Merab pada masa ini sedang menghadapi masaalah besar berkaitan tanah perkuburan. Ini adalah kerana tanah perkuburan sedia ada telah hampir penuh manakala baki kawasan tanah perkuburan ini tidak dapat digunakan kerana kedudukannya yang sangat rendah dan mengandungi air bila digali.

Kertas cadangan ini disediakan untuk percambahan fikiran berkaitan pembentukan sebuah dana/tabung bertujuan untuk membiayai kerja-kerja penambakan dikawasan rendah tersebut.


2. TUJUAN

Penubuhan tabung wakaf ini adalah dengan SATU tujuan sahaja iaitu untuk membiayai kerja-kerja penambakan tanah dikawasan tanah perkuburan sedia ada sehingga kawasan tersebut boleh digunakan sebagai tanah perkuburan.


3. CADANGAN SUMBER KEWANGAN

3.1 Jualan unit wakaf

Adalah dicadangkan sumber kewangan utama tabung ini adalah secara sumbangan wakaf pada nilai/harga tertentu. Sasaran utama penyumbang wakaf ini adalah penduduk Kg Sg Merab dan sekitarnya. Nilai/Harga satu unit wakaf ini boleh dibuatkan berdasarkan kepada kos projek penambakan ini.

3.2 Sumbangan/Derma

J/K Tabung ini boleh mengenalpasti individu atau korporat yang boleh didekati/dihampiri untuk tujuan permohonan sumbangan/derma ini.

3.3 Peruntukan Kerajaan

J/K Tabung melalui JKKK memohon secara rasmi kepada agensi/jabatan kerajaan yang terbabit untuk membiayai sebahagian dari kos projek ini.


4. CADANGAN KAEDAH GERAK-KERJA (MODUS OPERANDI)

4.1 Penubuhan J/K Khas Tabung

Adalah dicadang sebuah J/K Khas diwujudkan untuk tabung wakaf ini. Tujuannya adalah untuk melibatkan seberapa banyak pihak yang berminat dan berkepentingan didalam usaha menjayakan tabung ini yang mana matlamat akhirnya adalah mengumpul dana yang mencukupi untuk membiaya projek ini.

J/K Khas ini bertanggungjawab memberikan laporan secara berkala kepada JKKK segala kegiatan berkaitan tabung ini.

Cadangan struktur J/K Tabung Wakaf

1. Pengerusi

Dicadangkan Pengerusi JKKK menjadi Pengerusi J/K ini

2. 2 orang Timbalan Pengerusi

Dicadang dilantik 2 orang Timbalan Pengerusi yang mempunyai tugas dan tanggungjawab khusus.

2.1 Timbalan Pengerusi 1 – Kewangan dan Publisiti

Bertanggungjawab secara langsung berkaitan kegiatan mencari dana dan menjual unit-unit wakaf. Merancang dan melaksanakan aktiviti/program berbentuk pemberitahuan berkaitan tabung ini.

Juga bertanggungjawab mendapatkan kelulusan derma dari pihak berwajib seperti Jabatan Agama dan Polis.

2.2 Timbalan Pengerusi 2 – Pengurusan Projek

Bertanggungjawab secara langsung berkaitan dengan semua kerja-kerja penambakan tanah ini. Antaranya adalah kemajuan projek, kualiti kerja dan pemantauan terhadap kerja-kerja kontraktor yang dilantik.

Juga bertanggungjawab untuk mendapat kelulusan jika perlu dari pihak-pihak tertentu seperti Pejabat Daerah, JKR dan lain-lain.

3. Setiausaha Kerja

Bertanggungjawab terhadap semua kerja-kerja pejabat seperti surat menyurat, laporan dan minit mesyuarat. Memastikan bahawa segala keperluan J/K ini yang telah dipersetujui dilaksanakan/disediakan.

4. Bendahari

Bertanggungjawab terhadap kewangan J/K ini. Beliau secara bersama dengan Pengerusi dan Setiausaha dicadang menjadi penandatangan akaun untuk tabung ini. Menyediakan laporan terperinci berkaitan kewangan pada setiap menyuarat.

5. 10 – 15 orang Jawatankuasa.

Dicadangkan supaya jawatankuasa ini dilantik dari mereka yang telah dikenalpasti dan mewakili zon/kawasan tertentu di Kg Sg Merab ini. Mereka ini MESTILAH bersetuju secara SUKARELA untuk menjadi AJK Tabung ini serta bersedia serta mahu bersama-sama menjayakan matlamat penubuhan tabung ini.

AJK Tabung ini juga boleh dilantik dari individu tertentu yang diketahui boleh memberi sumbangan yang besar kepada tabung ini melalui “network” beliau. Individu ini juga MESTILAH bersetuju secara SULARELA untuk membantu dan bersama-sama mahu menjayakan matlamat tabung ini.

4.2 Pembukaan Akaun Khas Tabung

Dicadangan sebuah akaun bank khas dibuka untuk tabung ini. Penandatangan akaun ini dicadangkan:-

1. Pengerusi
2. Bendahari
3. Setiausaha Kerja

4.3 Pemilihan/Pelantikan Kontraktor

Dicadangkan J/K melalui Timb. Pengerusi 2 (Pengurusan Projek) ini memanggil secara terbuka diperingkat awal tender/sebutharga dari beberapa kontraktor untuk kerja-kerja penambakan ini.

Selepas itu, J/K akan membuat penilaian dan boleh memanggil kontraktor-kontraktor yang dikenalpasti untuk rundingan terus. J/K perlu menyediakan draf perjanjian dengan kontraktor yang terbabit berdasarkan kepada persetujuan bersama. Akhir sekali J/K akan mencadang kepada J/K Induk kontraktor yang dipilih untuk disahkan oleh mesyuarat.

4.4 Kaedah Pemasaran (“Fund Raising Exercise”)

4.4.1 Majlis Pelancaran

Dicadangkan diadakan sebuah majlis perjumpaan khas khusus untuk seluruh penduduk Kg Sg Merab. Majlis ini bertujuan untuk membuat hebahan/makluman/pemberitahuan kepada seluruh penduduk kg berkenaan masaalah yang dihadapi dan tindakan yang sedang diambil oleh JKKK.

Didalam majlis ini juga akan dilancarkan Tabung Wakaf ini secara rasminya.

4.4.2 Lawatan rumah-ke-rumah

Tugasan ini akan dilakukan oleh AJK dari zon/kawasan yang terbabit. AJK ini akan melawat kesetiap rumah dizon mereka bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan masaalah yang dihadapi dan seterusnya penubuhan tabung wakaf ini. AJK ini akan dibekalkan dengan brosur/borang tabung wakaf ini untuk diserahkan kepada tuan rumah.

4.4.3 Surat Rayuan Derma

Surat rayuan sumbangan/derma ini dihantar secara langsung oleh AJK yang terpilih kepada individu atau korporat yang telah dikenalpasti. Seterusnya AJK ini bertanggungjawab untuk membuat lawatan susulan (“follow-up”) jika perlu.

4.4.4 Tabung Derma Khas

1. Tabung Kutipan Jumaat di Masjid

Memohon kerjasama AJK Masjid untuk memaklumkan dan menyediakan sebuah tabung khas untuk tujuan ini.

2. Tabung Khas di premis-premis perniagaan

Memohon kebenaran pemilik untuk meletakkan sebuah tabung khas di premis perniagaan mereka untuk tujuan ini. Tabung ini akan dikutip secara mingguan oleh AJK yang bertanggungjawab.

5. JAWATANKUASA AUDIT

Dicadangkan perlantikan sebuah J/K Audit untuk memantau aliran kewangan Tabung ini. Tujuan penubuhannya adalah untuk mempastikan bahawa kewangan tabung ini diuruskan seperti tujuannya dan untuk menambah keyakinan para penderma.

J/K Audit ini dilantik dari golongan professional di kg ini dan bertanggungjawab untuk memantau segala kegiatan tabung ini.

J/K Audit ini boleh pada bila-bila masa meminta diserahkan kepada mereka apa-apa dokumen yang dihendaki untuk tujuan pengauditan.

Semua laporan kewangan oleh Bendahari mestilah disahkan oleh J/K ini.

6. PENUTUP

Perkara-perkara dan cadangan-cadangan diatas adalah bertujuan untuk kita sama-sama berwacana (berbincang) berkaitan perkara yang sangat kritikal untuk kepentingan penduduk Sg Merab ketika ini.

Tentunya kertas ini mempunyai kelemahan dan kekurangan yang memerlukan penambahbaikan dan penyesuaian.

Sesungguhnya tugas dan tanggungjawab ini bukan kecil. Komitmen yang bukan sedikit diperlukan jika mahu melihat usaha ini berjaya. Tohmahan dan kritikan pasti datang. Hanya mereka yang cekal dan istiqamah akan menjayakannnya Insyaallah.

Saya hanya sekadar memberikan sumbangan fikiran sebagai tanggungjawab fardhu kifayah.
Wassalam.

Monday, January 12, 2009

PENUBUHAN TABUNG TAPIS SG MERAB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kampung Sungai Merab terletak di mukim Dengkil dalam daerah Sepang di negeri Selangor Darul Ehsan. Kampung ini agak unik kerana dikelilingi pembangunan yang agak pesat terutama bila pusat pentadbiran Persekutuan Putrajaya diwujudkan bersebelahan kampung ini. Jarak kampung ini dari Putrajaya kira-kira 5 km ataupun 10 minit perjalanan menaiki kenderaan. Selain itu ia dikelilingi oleh institusi-instusi milik kerajaan seperti Institut Perguruan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Pertanian Malaysia, Kuala Lumpur Infrastructure University College selain kawasan perindustrian MIEL dan juga pusat-pusat latihan sepeti POS, INFRA, Mayban, Public Bank, RHB Bank dan banyak lagi. Perkembangan yang berlaku ini menyebabkan Kg Sungai Merab menjadi tumpuan orang ramai untuk menetap kerana kedudukannya yang berhampiran dengan kawasan tempat kerja. Kawasan yang dulunya hijau kini telah digantikan dengan projek perumahan Antara kawasan perumahan baru yang terdapat di sini ialah:

1. Desa Melur 1 dan 2.
2. Desa Makmor
3. Desa Mekar
4. Desa Sentosa
5. Desa Damai
6. Taman Desa Utama

Pertambahan kawasan perumahan baru selain kampung asal yang sedia ada menyebabkan pertambahan kepada bilangan penduduk secara mendadak. Salah satu kesan akibat pertambahan penduduk ini adalah berkaitan dengan kawasan tanah perkuburan yang semakin mengecil akibat penggunaannya. Kawasan sedia ada dan sesuai untuk penggunaannya telah tidak mampu lagi untuk menampung jenazah yang ada. Yang tinggal cumalah kawasan berpaya dan juga kawasan lapang yang telah diratakan tetapi kandungan tanahya yang agak keras dan berbatu. Oleh itu bagi mengatasi maslah ini, satu inisiatif telah diambil oleh ahli kariah kampung ini. Tabung Penyelenggaraan Tanah Perkuburan Sungai Merab atau singkatannya Tabung TAPIS Sg Merab telah diwujudkan oleh ahli kariah Kg Sg Merab 43000 Kajang Selangor pada 9 Januari 2009. Tujuan tabung ini diwujudkan adalah untuk mendapat dana bagi kerja-kerja penyelenggaraan tanah perkuburan tersebut.

Inisiatif ini telah dimulakan oleh Saudara Samsuddin Saimen yang merupakan ahli JKKK Kg Sg Merab yang juga merupakan sukarelawan penggali kubur di kampung ini. Beliau melihat masalah tanah perkuburan yang agak luas tetapi kawasan yang hanya boleh digunakan untuk menguburkan jenazah telah penuh. Kawasan yang tinggal sama ada kawasan berpaya ataupun kawasan yang telah diratakan tetapi tidak boleh digali kerena ia telah ditambak dengan tanah bercampur batu serta keras. Keadaan sekarang ini memang agak kritikal bila tiada kawasan yang sesuai untuk dibuat kubur baru.

Atas kesedaran ini beliau telah mengusulkan agar kawasan berpaya dan berbatu ini ditambak dengan tanah baru supaya ia boleh digunakan untuk menanam jenazah. Satu mesyuarat bersama penduduk kampung telah diadakan pada 9 Januari 2009, jam 9.00 malam bertempat di kompleks JKKK Sg Merab. Seramai 70 orang ahli kariah yang mewakili setiap zon Sg Merab telah dijemput dan alhamdulillah 3/4 daripadanya telah hadir ke mesyuarat tersebut. Satu kertas cadangan yang telah disediakan oleh Tn Hj Rosli Talib dengan kerjasama En. Samsuddin dan Tn Hj Bajuri Turman telah dibentangkan. Hasil daripada mesyuarat tersebut, wakil penduduk kampung telah bersetuju untuk menubuhkan tabung TAPIS dan dianggarkan sejumlah RM160,000.00 (RM: Satu Ratus Enam Puluh Ribu) diperlukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan ini. Bagi merealisasikan tabung ini satu jawatankuasa kerja telah ditubuhkan. Jawatankuasa kerja ini dianggotai oleh semua wakil penduduk bagi mencerminkan kesepaduan kariah dan melangkaui garis sempadan fahaman politik dan kesukuan. Ini kerana isu tanah perkuburan ini merupakan isu yang telah lama diperkatakan tetapi malangnya usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah ini tidak dilakukan secara komprehensif dan juga tidak melibatkan semua pihak. JKKK yang dipengerusikan oleh Tn Hj Bajuri Turman yang baru sahaja dilantik sebagai Ketua Kampung mahukan semua penduduk bertanggungjawab dan dilibatkan bersama bagi mengatasi masalah ini. Ini kerana adalah menjadi tanggungjawab ahli kariah untuk mengkebumikan jenazah tanpa mengira SIAPA ORANG ITU! Urusan kematian adalah fardhu kifayah dan ia bukan orang lain dah buat aku tak payah. Satu hari nanti kita pasti akan menghuni ruang sempit dan berkongsi dinding bersama jasad-jasad yang mendahului kita. Oleh itu persediaan untuk menghadapi kematian mesti dilakukan sama ada secara bersendiri dengan amalan fardhu 'ain mahupun secara berjemaah seperti urusan pengkebumian jenazah. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan, dari tanah kita dijadikan dan ke dalam tanah juga kita disimpan.

Akhir kalam, saya menyeru kepada ahli kariah Sg Merab agar bersama-sama berganding bahu bagi merealisasikan penubuhan tabung TAPIS dan seterusnya dapat mengumpulkan dana yang diperlukan.

Setiausaha
TAPIS